Senario politik Sabah sangat menarik untuk dikaji. Bermula dengan permainan politik USNO, diteruskan oleh era BERJAYA (yang kemudiannya bertukar kulit menjadi BERSEKUTU), beralih tangan ke Parti Bersatu Sabah (PBS), diikuti sepak terajang orang Semenanjung melalui UMNO/BN hinggalah ke hari ini, Sabah masih jauh ketinggalan daripada segala segi berbanding negeri-negeri lain hatta jiran terdekat Borneo, Sarawak Bumi Kenyalang. Bapa saya, Amat Kandalang pernah berkata “Kalau nak kejar Mercedes, jangan kejar dengan Morris Minor atau pick-up Datsun, tapi kejarlah dengan Jaguar, Ferrari atau sekurang-kurangnya dengan Mercedes juga supaya tidak terlalu jauh ketinggalan”. Demikian juga halnya dengan perkembangan sosiopolitik dan sosioekonomi Negeri di Bawah Bayu ini. Sebagai rakyat jati Sabah, jika kita ingin setanding dengan tahap pembangunan negeri-negeri lain, kita mesti bersedia menyediakan barisan kepimpinan yang boleh merangka dasar-dasar praktikal yang lebih efektif. Bukan sekadar menjadi follow the followers dengan mengekalkan dasar dan kepimpinan lama yang sudah tidak relevan lagi. Saya tidak menafikan ada juga yang baik dasar-dasar yang lama itu, namun sejauh mana dasar-dasar tersebut terus signifikan dengan tuntutan rakyat Sabah keseluruhannya. Sistem penggiliran Ketua Menteri, penjualan Labuan, penguasaan orang Semenanjung, isu Yayasan Sabah, hasil kayu balak, Perkara 20 dan pelbagai lagi isu harus ditangani oleh pemimpin Sabah dengan sebaiknya melalui pendekatan ibarat “menarik rambut dalam tepung, rambut tidak terputus, tepung tidak berselerak”. Segala 1001 permasalahan yang wujud harus ditangani dengan segera melalui suatu anjakan paradigma sekalipun kita terpaksa menukar kerajaan pada PRU13 yang akan datang. Tatkala saat itu tiba, semoga Pakatan Rakyat bersedia memenuhi aspirasi rakyat berbilang kaum dan agama di bumi bertuah ini. Semoga impian ini menjadi realiti yang pasti. Ayuh, sama-sama kita berdoa.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
-
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United
Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan
prot...
6 months ago
4 comments:
salam ukhwah dan salam wasilah...
saya tidak berapa mengetahui sangat ttg politik sabah, tetapi ia sedikit sebanyak menarik minat saya untuk mengkajinya, terutamanya tentang sepak terajang orang semenanjung dalam politik sabah, saya nak tgk sejauh mana sepakannya, dan sekuat mana teranjang yang dikenakan...
huhu....
saya menyokong penuh, pemerintahan sesebuah negeri harus org asal negeri tersebut, itu perlu. kalau saya ,menjadi org sabah, saya bersyukur dgn kerajaan malaysia, kerana berjaya membawa sabah ke dalam persekutuan 1963, kalau tak mungkin sabah akan berada di bawah pemerintahan sultan Sulu(www.theroyalsulu.com) ataupun filipina. Sabah susah nak menjadi negeri merdeka, kerana ada perjanjian yang harus diteliti, terutamanya perjanjian dgn sultan sulu, british dan juga filipina. pilihan terbaik masuk malaysia. Indonesia pun mungkin akan menerkam.
saya tidak mahu berbincang mengenai kepincangan pentadbiran, semua kita buat kesilapan, everybody makes mistake, we have to admit it...even our ownself make a mistake...
tetapi mistakes ini boleh diperbaiki, dgn membuat analisis..perubahan juga boleh dilakukan dgn menukar pentadbiran yang baru, BN kepada PR....
saya tidak mahu menidakkan PR dlm memerintah, tapi hati saya membuak2 ingin melihat juga mereka mentadbir, adakah tidak wujud masalah langsung, adakah seakan2 pemerintahan US yg di sanjungkan itu oleh Ketua De factornya ( sahabat baik Al-Gore dan William Cohen kan...huhu...), atau kerajaan langit yang ala-ala dewa-dewi ayah pin?...
dalam 5 buah negeri PR (oppppss...4 buah, perak terkecuali..) 2 negeri yg saya lihat cemerlang, kedua-duanya negeri majoriti atau pentadbirannya adalah PAS...kedah dan kelantan), Selangor, Penang, Perak...hanya penuh kontroversi, ibarat retak menanti belah....tapi at least rakyat sudah dapat hint, kalau PR perintah negara, inilah dasarnya.inilah caranya ( ambil gambar separa bogel, sebarkan, lompat-melompat).......
panjang lak pendapat, hehe..tapi bang saya suka penulisan abang...membuka minda saya untuk mencoret sesuatu...teruskan bang...perbezaan pendapat adalah lumrah dalam mencari titik pertemuan...
seperti kata-kata pendebat UM ZULFADLI, dlm debat kita "bertengkar" takpe, kat luar kita rapat macam keluarga...
salam...
Inilah pentingnya UMS....Meneruskan latihan untuk merekrut lebih ramai ahli bijak pandai Sabah..Semoga Sabah terus aman & makmur...
cam lambat ja lagi nak dapat ke pembangkang, mostly kawasan sabah ni masih syok kat bn sbb depa bagi banyak suit esp kalau pangkah bn hehe, masa aku kat kuala penyu kawasan tu ja yang rakyatnya sungguh2 pilih wakil rakyat dan tak termakan taburan wang dan janji palsu kerajaan penuh korupsi, hasilnya kuala penyu penuh kontreversi, ialah adalah propaganda politik murahan si gila kuasa, ini bukan tuduhan melulu, kasihan rakyat kuala penyu, bandingkan saja dgn beaufort, ia jauh bebeza
Salam WUFI...
Syukran atas komentar pengunjung. Saya sangat menghargai dan menghormati. Berbeza pendapat tidak semestinya menentang, diam tidak semestinya setuju, mengkritik tidak bermakna kawan, memuji tidak bermaksud lawan. Bak kata Hilal apa yg penting "idea yang kreatif jangn disekat". Teruskn berkongsi idea demi redha ILAHI
Post a Comment