Tuesday, March 10, 2009

Muktamar Merah-Putih

Lazimnya istilah ‘muktamar’ ini sinonim dengan label hijau putih, namun dalam wacana kali ini saya ingin meminjam istilah tersebut untuk berkongsi pandangan tentang merah putih. Kita sedia maklum golongan merah putih ini akan mengadakan Perhimpunan Agung (Muktamar) pada hujung bulan Mac ini, sekalipun ada injuksi dipohon oleh dua orang ahli mereka yang memohon Mahkamah Tinggi membatalkan perhimpunan tersebut. Muktamar kali ini dianggap antara yang menarik. Salah satu puncanya adalah kerana Presiden akan menyerahkan kuasa ‘secara rela’ kepada Timbalannya. Pada masa yang sama berlaku perebutan antara dua ‘ibu merah putih’ untuk menjadi Ketua Wanita. Kita mengharapkan agar persaingan tersebut akan berlaku secara sihat. Jangan ulangi sejarah pengharaman 1988 yang sangat menjengkelkan berikutan sikap ‘yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu’. Kewujudan Team A dan Team B harus dijadikan sejarah untuk semua ahli merah putih. Lebih menarik perhatian, apabila tiga jagoan merah putih akan berkokok merebut jawatan Ketua Pemuda. Masing-masing ada kelebihan dan cuba menunjukkan kuasa hero yang sebenarnya plastik. Apa pun yang akan berlaku, semoga muktamar merah putih akan menjadi medan muhasabah memperbaiki parti yang semakin hilang taringnya ini. Selamat bermuktamar duhai kawan dan lawan.

6 comments:

irshadian said...

dalam ketika Dr. Sharibuu Setev dan 2 cucunya menangisi kematian yang tersayang, dondang sayang konspirasi.

Muslimin Agung said...

Salam WUFI...

Konspirasi ala-Malaysia. Ramai sudah menjadi mangsa era Mahathirisme. Bermula dengan gelapnya masa depan Tan Sri Musa Hitam, Ku Li, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim, dan kini giliran Pak Lah. Mungkin juga Datuk Seri Najib kini menghitung hari menduduki Putrajaya. Panas tidak akan kekal ke petang, mungkin hujan gerimis di tengah hari. Menangislah Najib tatkala yang tersirat kini tersurat.

NIVYANFAZZA said...

Penggunaan ISA adalah wajar jika digunakan berdasarkan undang-undang negara, ini adalah fakta.
Hukum islam juga akan mempunyai cacat cela jika penggunaannya tidak mengikut lunas-lunas agama. ini juga adalah fakta.
sistem adalah baik, yang tak baik ialah orang yang menjalankan sistem tesebut.
Kita mesti ingat, kita negara demokrasi, dan sistem demokrasi juga bukan satu sistem yang lengkap.negara Barat bebas mengatakan negara kita tak demokrasi dan sebagainya, itu hak mereka. Adakah mereka juga mengikut 100% lunas2 demokrasi? adakah penahanan orang tanpa bicara di Guantanamo Bay juga adalah demokrasi? Bagaimana kita hendak mengiakan teguran negara itu sedangkan status demokrasi mereka juga terumbang ambing!
kita harus ingat, negara kita multiracial, jadi kerajaan harus menjaga keamanan yang wujud, ahli politik pembangkang mahupun kerajaan harus menjaga perkara yang sensitif, jangan hanya nak menangkan diri dalam pilihanraya. ISA hanya nama, di thailand lain namanya, australia lain namanya, tetapi sistem adalah sama.
saya cukup runsing dengan orang melayu bumiputera yang beragama islam yang secara membabi buta menyokong perjuangan yang merendahkan hak mereka sendiri...Runsing yang teramat sangat!

Ini adalah pendapat saya sahaja. takkan hilang merah-putih di dunia......Takbir 3X!!! ALLAHUAKABAR

Muslimin Agung said...

Lagi runsing merah putih suka sangat menipu rakyat. Huhuhu...

info said...

salam ukhuwahfillah..

KENAPA ORANG SUKA COP MUKTAMAR JUST UTK HIJAU PUTIH... WALHAL...

Muslimin Agung said...

Sudah tersurat dalam hikayat