Bisikan sang bayu membawa perkhabaran
Dongengan yang sama dicanang berulang
Mengapakah diri dijadikan sasaran
Sekilas pandangan pelbagai andaian
Sungguh terkilan
Seumpama naskah yang terbuka
Sesungguhnya tiada rahsia
Bacalah kenalilah dengan bijaksana
Siapa aku yang sebenar
Kendati selautan segunung permata
Di kanan dan kiri selagi jantungku berdegup
Hingga tiba saat terhenti
DIAlah di hati
Tiada pilihan kedua
Pertama hingga akhir usia
Hanya DIA
Tiada rahsia lagi
Usah bertanya berteka-teki
Cinta yang abadi cintaku yang suci
Di hati
3 comments:
untuk sapa ni.pasti untuk orang teristimewa.opsss.bila lagi dah tak sabar nak tengok mujahid/h baru..nak makan nasi minyak ni.
Motif letak lagu siti,huhuhu..
Tapi lirik dia mmg bmakna kan..
Hmm,gambatte..gambadeyo..
Sekadar luahan hati. Bermula slps PRK 2008, pelbagai hal yg menimpa diri ini. Kadang kala terasa jauh benar diri ini drpd rahmat ILahi. Namun, saya yakin dan pasti ALlah pasti bersama-sama orang yang sabar dan teguh di jalan-Nya. Hatta badan yang akan melanda, akan ku perkemaskan langkah bersama penggerak jihad yang lain melakar sejarah gemilang di bumi UMS. Nantikan kemunculan semula Muslimin Agung...
Post a Comment