Thursday, November 13, 2008

Tahniah My DoDoT

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah...

Alhamdulillah 05 November 2008 yang lalu, anak bongsu dalam Keluarga Amat Kandalang iaitu Hafizam bin Amat atau nama manjanya Dodot telah pun tamat belajar prasekolah. Simbolik pengakhiran itu dimanifestasikan oleh pihak KEMAS melalui Majlis Konvokesyen pada hari tersebut. Seronok saya melihat gelagat anak-anak ini bergaya. Biar pun konvokesyen ini kecil di mata orang yang memegang ijazah kedoktoran falsafah, namun bagi kanak-kanak sebaya Dodot majlis ini adalah peristiwa yang sangat penting bagi masa depan mereka. Itulah kali pertama saya diberi peluang meihat adik kesayangan kami naik pentas siap berjubah menerima sijilnya. Dalam hati terdetik, inilah perasaan setiap ibu yang mengandungkan anak selama 9 bulan rasa, yang dikatakan sebagai “sejuk perut ibu yang mengandung”. Rasa sebak dan gembira melihat ibu tiba-tiba menitiskan air mata kegembiraan. Walaupun hanya graduate tadika, tetapi inilah permulaan kejayaan yang akan datang buat adik kecilku ini. Jom Dodot, sama-sama dengan abang Menuju Puncak. Tunggu abang balik Lahad Datu.

4 comments:

NIVYANFAZZA said...

salam ukhuwwah fillah abadan abada..
bang muka adik abang tu mcm muka abg masa kecil ...haha...
pe2 pun gud luck for ur exAM....

Muslimin Agung said...

GiTOOO...Tq Burhan

Anonymous said...

anak kedua dalam Keluarga Amat Kandalang pula akan graduate 2009...

Anonymous said...

KAWAN ANAK AMAT BIN KANDALANG BIN HJ MIJAN PUN KONVO 2009 JUGAK.TAKNAK EXTENG DAH....INSYAALLAH MABRUK