Tuesday, March 24, 2009

Pemilu Indonesia

Pada penghujung bulan April ini, Indonesia yang demokrasinya lebih segar daripada Malaysia bakal mengadakan pilihan raya yang dikenali sebagai pemilihan umum (Pemilu). Diramalkan terdapat 44 buah parti politik yang akan berpencak di medan demokrasi sebenar. Pertandingan jawatan Presiden turut dimeriahkan dengan cabaran daripada Yusuf Kalla (Naib Presiden), Megawati Sukarnoputri dan tokoh-tokoh lain di samping SBY bakal mempertahankan jawatan yang disandangnya kini. Kemeriahan Pemilu tahun ini mendeskripsikan lagi betapa demokrasi di Indonesia semakin bernafas segar apabila pemerintah sedia ada bersikap terbuka terhadap perjalanan kempen. Misalnya, media penyiaran seperti RCTI dan Metro TV menyiarkan wawancara, iklan, dan membuat liputan khas berkaitan parti-parti politik yang bertanding. Pada masa yang sama diadakan diskusi seperti Forum Perdana untuk mengkritik Presiden dan para menteri secara terbuka dan menjawab secara telus tanpa perlu berselindung mengeksploitasi keadaan seperti yang berlaku di Malaysia. Selain itu, para pegawai kerajaan dan jentera milik kerajaan seperti polis (POLRI) dan tentera (TNI) tidak diperkudakan untuk meraih undi paksa sebaliknya mereka bebas dan berkecuali. Bahkan sewaktu Pemilu diadakan terdapat kain rentang yang tertera “POLRI dan TNI berkecuali dalam Pemilu”. Maka saya terfikir betapa Indonesia yang dikatakan sebagai negara yang miskin ini tetapi memiliki rakyat yang kaya jiwa, terbuka, matang dan tidak dieksploitasikan untuk diperas undi dengan nilai RM50 supaya memangkah neraca timbangan yang tidak adil itu. Alangkah bahagianya mereka.

5 comments:

NIVYANFAZZA said...

Assalmualaikum....

hehe...Gurindam di pagi hari...

Kita tak sempurna,

Di sana baik dari segi demokrasi miskin dari segi developsi
Di sini miskin intergriti
kaya hati budi

Perbandingan tahap korupsi di sana dan di sini, kita lagi berintegriti, biasalah kita..yang jauh dipuji, yang dekat dilupai...
hehe.....

hujan emas tetap dinegeri sendiri....


Salam Perhimpunan Agung UMNO 2009!

*meletups!

Muslimin Agung said...

Salam WUFI...

Artikel ini tidak berniat mengkufuri nikmat yang kita miliki di bumi tercinta, Malaysia tanah airku. Tetapi sebagai satu muhasabah diri agar yang lemah kita perbaiki, yang baik kita jadikan cemerlang, gemilang, dan terbilang. Jangan 'temberang' sudah.

Kita tetap miskin integriti dan kaya korupsi (politik wang). SPRM jadi kuda tunggangan sakal, PDRM jadi bacul, kakitangan kerajaan jadi pacul, mahasiswa???

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi hujan nikmat di Negeri Bawah Bayu.

Muslimin Agung said...

Satu injuksi mahkamah sedang dipohon oleh dua orang ahli UMNO Muar, Johor bagi menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO - Berita Harian, 23 Mac 2009. - Huhuhu

pijol@fizul said...

emm, haritu pjol n kekawan ada g Indonesia, time tu memang penuh bendera2 parti2 kat sana...rugi tak dapat tengok pilihanraya mereka...hehe..
kat sana juga kitaorang di tahan Polisi kerana salah seorang dari kami tidak memakai tali pinggang van(sbnya pamandu cakap takpe tak pakai,kata si yg kena saman la,haha).alkisahnya bayar 50ribu rupiah jer semua urusan settle....kami dapat meneruskan perjalanan seperti biasa.pengalaman yang indah buat diriku..maknanya kat sini, korupsi memang berleluasa jugak disana, tp demokrasinya memang tak macam kat sini la...hehehe..(CD, jangan lagho2 k....ingat pesanan tue.hehhe)

Hilal Azmi said...

Media bebas...
Korupsi jugak bebas berlaku...

Mcam mana nak seimbangkan???